Hikmah

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai.

Tinta AidilAdha Khas Untuk Kalian


Salam 1Malaysia kepada kalian semua..11.11.2010..
   Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana blog bagi Persatuan IPEND UniSZA yang baru telah dilancarkan. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Biro Teknologi Maklumat & Perhubungan Luar iaitu Saudara Jauharil dan Saudari Siti Norhidayah diatas kejayaan menyiapkann blog persatuan yang baru yang bakal menjadi wadah dan medium kepimpinan persatuan dan ahlinya dalam bertukar pendapat dan pandangan. Perkongsian maklumat dan info akan sentiasa disampaikan kepada mahasiswa IPEND melalui blog ini dan laman-laman sosial lain.
   Saya melihat, komuniti mahasiswa IPEND khususnya perlulah sentiasa mendekati alam teknologi yang semakin hebat dari segi fungsi dan peranannya kepada dunia hari ini. Selain itu, kemampuan mahasiswa dalam menggunakan IT adalah merupakan satu nilai tambah kepada mereka sebagai bekalan untuk dibawa ke alam pekerjaan guru yang semakin memerlukan kemahiran dari aspek penggunaan IT.
   Justeru itu, dengan motto persatuan’Pendidik Berkualiti Penjana Generasi Ulul Albab’ , saya menyeru sekalian ahli jawatankuasa Persatuan IPEND yang baru dan juga mahasiswa IPEND supaya sama-samalah kita memantapkan kemahiran insaniah ke dalam diri kita. Adalah penting kita sebagai bakal guru meneroka segala genap penjuru ilmu yg terdapat di alam dunia yang sementara ini.
   Kepada semua mahasiswa IPEND saya mengucapkan selamat maju jaya dalam menghadapi peperiksaan akhir bagi sesi 2009/2010 yang bakal tiba tidak  lama lagi dan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada kalian. Semoga pengorbanan kita dalam mencari kejayaan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH S.W.T.
Sekian.

Dengan tulus ikhlas,

Izzuddin

(Muhammad Izzuddin Bin Mohd Rosli)
YDP Persatuan IPEND 2010/2011